Assalamualaikum...
Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak
buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh
pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak
boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja,
okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia
yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan
mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya
kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa
membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak
serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan
dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga
memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman
dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh
sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik
persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam
kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita,
merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan
makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri
banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada
seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh
Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua
yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat
bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak
berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna
kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat
yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak
serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin
menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang
membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita,
jika kita benar-benar yakin akan Dia..
XOXO^^
No comments:
Post a Comment